Pengenalan Program: Majlis Pelancaran Sistem Anti-Kebakaran (Fire-Fighting System) dan 5 Pondok Rehat Eko (5 Volvo Eco-Shelters) semalam 18 Januari 2018 disempurnakan oleh Yang Berbahagia Duta Besar Sweden ke Malaysia HE Dag-Juhlin-Dannfelt dan disaksikan oleh Mats Nilsson, Pengarah Urusan, Volvo Malaysia dan En. Laju Balang Ketua Kampung, Bario Asal Lembaa serta penduduk –penduduk tempatan. Bario Asal Lembaa merupakan salah satu penerima bantuan CSR Volvo daripada 14 penerima di seluruh dunia pada tahun 2017.Volvo Malaysia menyokong usaha untuk memelihara kelestarian kampung Bario Asal Lembaa, iaitu kampung tertua di Dataran Tinggi Kelabit yang kini berusia 60 tahun. Ia masih mengekalkan rekabentuk asal yang tradisional dan menjadi tempat tinggal bagi 4 generasi sejak mula dibina. Tarikh Program : 18 Januari 2018. Alamat : Kampung Bario Asal Lemba’a. |
|