SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) BARIO
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN NADI: |
>> Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan. |
>> Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet. |
>> Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). |
>> Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. |
>> Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. |
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
NADI Bario menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
>> Pengenalan asas komputer |
>> Asas internet |
>> Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang) |
>> Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan) |
>> Latihan Keusahawanan |
JUMLAH KEAHLIAN NADI : |
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bario telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2017. Ramai yang telah mendaftar diri di PEDI Bario bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah seperti berikut:
AHLI BARU |
22 |
KESELURUHAN SEHINGGA JUN 2024 |
1376 |
KENALI PETUGAS NADI : |
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami selaku pengurus dan penolong pengurus NADI Bario.
PENGURUS
Nama : Ebenezer @ Agan Nyelong
Mula berkhidmat : 05 May 2017
PENOLONG PENGURUS
Nama : Jesica Bawing Freddie
Mula berkhidmat : 15 May 2017
RAKAN DIGITAL
Nama : Rebecca Khijan Monnie
Mula berkhidmat : 01 November 2023