BELAJAR INTERNET, MENAIP, MENCETAK, E-PEMBELAJARAN DAN KLIK DENGAN BIJAK
Nama : Dom Mawan Asai Stoney
Umur : 13 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Dom Mawan Asai Stoney merupakan seorang pelajar Tingkatan 1, SMK Bario (13 tahun). Beliau menjadi ahli PI Bario pada tahun 2017. Beliau adalah seorang pelajar yang duduk di asrama SMK Bario dan bila tiada aktiviti di sekolah seperti pada hujung minggu beliau sering datang ke PI Bario untuk mengikuti kelas ICT serta berhubung dengan kakak, abang atau kawan-kawan di bandar menggunakan wifi percuma di PI Bario.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum beliau mengenali PI, pengetahuannya mengenai internet dan komputer adalah terhad dan ini menyukarkan dia melakukan kerja-kerja sekolahnya terutamanya dalam melakukan kerja-kerja kursus yang telah diberikan. Kemudahan komunikasi di pekan yang terpencil ini juga sangat terbatas iaitu pada tahap 2G di lokaliti tertentu sahaja dan kualiti liputan juga kurang baik. Ini sudah tentulah membataskan penggunaan ICT penduduk di sini termasuk pelajar seperti Dom Mawan.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Selepas melibatkan diri dengan PI, Dom Mawan lebih mengenali dunia komputer dan cara-cara penggunaan internet. Melalui kursus di Pusat Internet seperti e-pembelajaran dan Klik Dengan Bijak. Pengetahuan baru yang beliau perolehi membolehkan beliau menyiapkan kerja-kerja sekolah dengan lebih mantap dari segi isi kandungan memandangkan sumber dari internet yang begitu luas sekali. Beliau juga dapat berkomunikasi dengan abang, kakak dan saudara-maranya di bandar dengan percuma.