Bario merupakan sebuah penempatan yang terletak di sebuah dataran tinggi, Dataran Tinggi Kelabit atau “Kelabit Highlands”yang mempunyai ketinggian melebihi 1000 meter dari aras laut. Ia terletak di sebelah Timur laut Negeri Sarawak, berdekatan dengan Sempadan Sarawak – Kalimantan. Sebelum ini , pentadbiran Bario terletak di bawah Pejabat Daerah Marudi tetapi pada tahun lepas 2016 statusnya telah dinaikkan kepada sebuah “daerah Kecil ‘ di bawah pentadbiran langsung oleh Majlis Bandaraya Miri dengan seorang Sarawak Administration Officer SAO.
Daerah kecil Bario adalah kawasan di mana terletak 14 buah kampung yang dihuni oleh penduduk-penduduk berketurunan Kelabit. Kampung Bario Asal Lembaa merupakan kampung pertama yang tertua sekali manakala Arur Dalan, Pa Ramapuh Atas dan Bawah , Pa Derung, Ulung Palang Atas dan Bawah, Padang Pasir dan kampung Baru, Pa Ukat, Pa Umor, Pa Lungan dibuka semasa dan selepas Konfrantasi dengan Indonesia pada 1960an.
:: AHLI PARLIMEN, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, PEGAWAI DAERAH, PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG ::
| AHLI PARLIMEN | TUAN ANYI NGAU
(P220 BARAM) |
|||
| ADUN KAWASAN | Y.B DATO GERAWAT GALA
(N78 MULU) |
|||
| PEMANCA | PN CALEENA LALLANG SAKAI | |||
| PENGHULU | EN KEN PARAN MATU | |||
|
|