mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Daniel Lian Richard

LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama : Daniel Lian Richard
Umur : 12 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Daniel Lian Richard merupakan seorang pelajar SK Bario. Dia adalah anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik. Dia seorang pelajar yang baik dan rajin dalam mengkaji pelajarannya. Oleh kerana kampungnya terletak jauh daripada sekolah, ibu bapanya menghantarnya untuk tinggal di asrama sekolah di mana dia dijaga dan diberi perhatian oleh pihak sekolah dengan baik sekali.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum kewujudan NADI Bario, pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet amatlah terhad. Banyak kerja-kerja sekolah beliau terpaksa berusaha lebih untuk mendapat maklumat daripada buku teks dan mana-mana buku bacaan tambahan yang dia boleh perolehi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli NADI Bario, beliau tekun belajar menggunakan komputer dan telefon pintar untuk mengakses internet untuk memahami pelajaran sekolah dengan lebih baik menggunakan sumber enjin carian google, Wikipedia, kegemarannya YouTube, serta sumber-sumber lain daripada cadangan google. Beliau juga mempelajari penggunan emel, Facebook, serta asas aplikasi-aplikasi Ms Word, Excel dan Power Point serta bagaimana untuk Klik Dengan Bijak. Antara perkara utama yang Daniel buat di NADI Bario juga adalah berhubung dengan saudara mara dan rakan-rakan di luar Bario. Melalui latihan-latihan yang diterima beliau dari NADI Bario, beliau telah dapat menaip dengan lebih baik, berupaya menghasilkan kerja-kerja sekolah dengan lebih berkeyakinan.