LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.
| Nama | : Eric Bryan Affende |
| Umur | : 12 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Eric Bryan Affende merupakan seorang pelajar tingkatan 1 di SMK Bario. Beliau mempunyai seorang kakak dan mereka hidup bersama ibu bapa mereka yang kedua-dua merupakan petani. Di masa lapangnya, Eric gemar menunggang basikal di sekitar kawasan Bario termasuklah berkunjung ke NADI Bario khasnya pada hujung minggu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum kewujudan NADI Bario, pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet amatlah terhad. Banyak kerja-kerja sekolah beliau terpaksa berusaha lebih untuk mendapat maklumat daripada buku teks dan buku-buku bacaan tambahan yang dia boleh perolehi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menjadi ahli NADI Bario, beliau tekun belajar menggunakan komputer dan telefon pintar untuk mengakses internet untuk memahami pelajaran sekolah dengan lebih baik menggunakan sumber enjin carian google, Wikipedia, kegemarannya YouTube, serta sumber-sumber lain daripada cadangan google. Beliau juga mempelajari penggunan emel, Facebook, serta aplikasi-aplikasi Ms Word, Excel dan Power Point serta bagaimana untuk Klik Dengan Bijak. Antara perkara utama yang Eric buat di NADI Bario juga adalah berhubung dengan saudara mara dan rakan-rakan di luar Bario. Melalui latihan-latihan yang diterima beliau dari NADI Bario, beliau telah dapat menaip dengan lebih baik, berupaya menghasilkan kerja-kerja sekolah dengan lebih berkeyakinan.