mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Larry Michael

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Larry Michael
Umur : 16 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Larry Michael adalah anak ketiga daripada 3 beradik. Ibubapanya tinggal di Kuala Lumpur dan Larry dihantar untuk bersekolah di Bario sejak daripada darjah 1 ladi. Dia tinggal di asrama SMK Bario dan sekarang berada dalam tingkatan 2. Larry suka berhujung minggu di rumah datuknya di kampung Bario Asal dan sering berkunjung ke Pi Bario bersama rakan-rakannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Larry menjadi ahli pi sejak ia dilancarkan pada bulan Ogos 2017. Dia amat kurang menggunakan / terlibat dengan ICT kerana ketiadaan kemudahan sebelum itu. Liputan telefon juga tiada menyebabkan dia langsung tidak dapat berhubung dengan ibubapanya. Dia hanya dapat berhubung dengan ibubapanya apabila turun ke Miri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Larry selalu mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan di pi. Dia sangat berminat belajat tentang ict kerana terdapat pelbagai ilmu baru yang beliau perolehi . selain itu aktiviti yang dijalankan di PI membolehkan saya berjumpa dan mengadakan aktiviti bersama rakan-rakannya. Suasana PI juga sangat sesuai dan selesa dia dan rakan-rakanya boleh menggunakan perkhidmatan internet percuma. Dengan adanya perkhidmatan internet di Pi Bario beliau juga dapat berhubung dengan ibubapa,kakak dan abangnya di Kuala Lumpur