BELAJAR MENGGUNAKAN APLIKASI MEDIA SOSIAL, INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK.
| Nama | : James Maga Nawat |
| Umur | : 72 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
En James Maga Nawat merupakan seorang pesara dari Kementerian Pelajaran. Walaupun usianya sudah agak lanjut beliau masih mempunyai tubuh badan yang dihat dan masih bertani secara kecil-kecilan dengan menanam sayur di kebun dan menanam nanas Bario untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dijual
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatannya di NADI Bario, En James Maga tidak mempunyai kemahiran dalam pengetahuan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Dengan adanya kemudahan NADI beliau dapat mempelajari asas penggunaan komputer dan internet terutama di dalam telefon pintarnya. Beliau sangat gigih mengunjungi NADI Bario untuk mempelajari dan menggunakan internet. Selepas mengikuti kelas di NADI Bario beliau sudah boleh menyediakan dokumen seperti surat rasmi serta menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.