LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.
| Nama | : Marcheline Valero Edwin |
| Umur | : 11 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Marcheline Valero Edwin adalah seorang pelajar tahun 5 di SK Bario. Dia yang berdarah Kelabit-Filipina adalah anak ketiga daripada 4 orang adik beradik dan dia berasal dari Kampung Pa’ Ukat Bario.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum kewujudan NADI Bario, pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet adalah terhad. Banyak kerja-kerja sekolah beliau terpaksa berusaha lebih untuk mendapat maklumat daripada buku teks dan mana-mana buku bacaan tambahan yang dia boleh perolehi daripada sekolah atau pun dipinjam daripada kawan-kawan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menjadi ahli NADI Bario, beliau tekun belajar menggunakan komputer dan telefon pintar untuk mengakses internet untuk memahami pelajaran sekolah dengan lebih baik menggunakan sumber enjin carian google, Wikipedia, kegemarannya YouTube, serta sumber-sumber lain. Beliau juga mempelajari penggunaan emel, Facebook, serta asas aplikasi-aplikasi Ms Word, Excel dan Power Point serta bagaimana untuk Klik Dengan Bijak. Antara perkara utama yang Marcheline buat di NADI Bario juga adalah berhubung dengan saudara mara dan rakan-rakan di luar Bario. Melalui latihan-latihan yang diterima beliau dari NADI Bario, beliau telah dapat menaip dengan lebih baik, berupaya menghasilkan kerja-kerja sekolah dengan lebih berkeyakinan.
Beliau dapat mempelajari banyak benda baru daripada penggunaan internet di NADIBario dan ini telah dapat membantu menjadikan beliau seorang pelajar yang lebih berpengetahuan.