mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Muda Abeng

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muda Abeng
Umur : 63 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Sebelum Wujudnya NADIBario, Pn Muda Abeng adalah seorang wanita yang sering kali sibuk dengan urusan lain sehingga mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun,  semenjak wujudnya NADI Bario ini beliau sanggup memberi masa apabila ada kursus atau program yang akan dianjurkan oleh petugas NADI Bario.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatannya di NADI, Pn Muda Abeng tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak serta aktiviti yang berkaitan dengan teknologi IT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di NADI. Setelah melalui beberapa latihan,program ICT di NADI, Pn Muda telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas NADI. Beliau juga seorang yang bersemangat ingin belajar lebih latihan tentang  ICT.