mcmc
Maklumat PI

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Bario

M

 

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) BARIO

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN NADI:

>>   Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

>>   Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

>>   Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

>>   Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

>>   Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

NADI Bario menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

>>   Pengenalan asas komputer

>>   Asas internet

>>   Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

>>   Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)

>>   Latihan Keusahawanan

 JUMLAH KEAHLIAN NADI :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bario telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2017. Ramai yang telah mendaftar diri di PEDI Bario bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah seperti berikut:

AHLI BARU 

22

KESELURUHAN SEHINGGA  JUN 2024

1376

 KENALI PETUGAS NADI : 

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami selaku pengurus dan penolong pengurus NADI Bario.

 

PENGURUS 

  

Nama : Ebenezer @ Agan Nyelong

Mula berkhidmat : 05 May 2017

PENOLONG PENGURUS

 AM

Nama : Jesica Bawing Freddie

Mula berkhidmat : 15 May 2017

RAKAN DIGITAL

RD

Nama : Rebecca Khijan Monnie

Mula berkhidmat : 01 November 2023